PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Anuar Zain, Tidak Puas Hati

 

penyanyi lelaki yang mempunyai vokal hebat, Anuar Zain bagaimanapun mengakui situasi menurunkan harga bagi menjayakan undangan pentas tidak berlaku kepada dirinya.

Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, Anuar lebih rela tidak merendahkan bayaran untuk persembahan yang ditawarkan oleh klien atau promoter.

"Walaupun kita berdepan dengan keadaan pasaran ekonomi yang tidak stabil, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan harga.

"Kena ada perbincangan lanjut sebelum satu-satu keputusan dibuat contohnya dengan memberikan diskaun yang berpatutan kepada pihak penganjur. Saya juga bersikap fleksibel dalam soal ini dan masih boleh di bawa berbincang.

"Cuba bayangkan kalau ekonomi pulih seperti sedia kala, bagaimanakah kita ingin terangkan kepada penganjur tentang bayaran yang sudah berubah nilainya.

"Perkara ini tidak boleh dibuat main-main kerana ia melibatkan sikap profesional seorang artis. Tidak manis rasanya sebelum ini menawarkan harga rendah tetapi untuk persembahan seterusnya harga semakin meningkat.

"Lantaran itu, saya rasa ada baiknya saya mengekalkan kadar harga undangan nyanyian yang sudah ditetapkan sebelum ini agar tidak timbul kekeliruan di belakang hari," tegasnya ketika ditemui di Studio Utusan Isnin lalu.


ANUAR nekad tidak menurunkan kadar bayaran dalam apa jua situasi sekalipun.

Sambung penyanyi yang terkenal dengan lagu Ketulusan Hati itu, bukan menjadi sikapnya untuk menutup periuk penyanyi lain kalau berbicara tentang isu tersebut.

"Contohnya kalau ada penganjur yang memberikan sejumlah bajet kepada saya namun hakikatnya ia di bawah peruntukan sebenar saya maka saya akan menolak dengan baik.

"Bukan itu sahaja, saya akan meminta pihak penganjur untuk mencari artis lain yang dirasakan bersesuaian dengan bajet ini.

"Secara tidak langsung saya dapat membantu artis lain untuk mendapat tawaran undangan pentas. Saya percaya tawaran nyanyian ini mungkin berpihak kepada artis yang seorang lagi.

"Saya juga tidak mengamalkan sikap mementingkan diri. Demi wang yang tersedia di depan mata, saya tidak sesekali mengkhianati rakan artis lain yang juga mencari rezeki dalam bidang sama ini.

"Sikap individualistik tidak seharusnya ada kepada anak seni kerana dunia hiburan kita kecil sahaja ruangnya.

"Apakah tidak sedar mereka bahawa pusing-pusing dalam dunia seni tetap akan berjumpa dengan muka sama.

"Sebelum melakukan apa-apa, kita kena fikir berbagai-bagai aspek. Sikap hormat-menghormati kena wujud terlebih dahulu dalam perkara ini," akui Anuar dalam nada perlahan.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kata Anuar, sebuah badan atau organisasi harus diwujudkan yang dapat memantau kadar persembahan untuk artis di Malaysia.

"Saya tahu ramai artis yang terjerut dengan masalah ini. Bukan sahaja sekarang sebaliknya isu ini sudah lama dibangkitkan.

"Kalau ada persatuan yang dapat membantu artis dalam perkara ini, saya percaya penurunan harga persembahan artis tidak akan berlaku dengan serius.

"Semua anak seni di negara ini dapat bekerja dalam situasi yang aman tanpa perlu bermasam muka atau bersaing secara tidak sihat," akhiri Anuar.


Sumber: © Kosmp Online - Jun 2009
 
 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman