PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK

DOMAIN SPONSORED BY


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Anuar tak cepat melenting

 

Daripada kisah kehidupan peribadinya hingga kepada sikap 'diva' yang dimilikinya selain keputusan menggunakan khidmat komposer dari seberang kerap menjadi bahan pertikaian.

Bagi pemilik nama sebenar Shahrul Annuar Zain, selama lebih 25 tahun di persada seni tanah air, ternyata mematangkannya justeru dia tidak cepat melenting sebaliknya menganggap ia sebagai rintangan yang perlu dihadapi setiap insan seni.

"Kadangkala perkara negatif yang sampaikan individu tertentu inilah yang membuat saya kecewa apabila bergelar insan seni. Orang hanya mendengar daripada sebelah pihak dan tidak daripada saya sendiri. Sebagai artis dan mempunyai pihak yang menguruskan perjalanan karier seni, saya berdepan pelbagai peringkat dan persoalan.

"Sebelum menerima sesuatu tugasan atau projek, pihak yang memohon perlu melalui pengurus saya. Seperti urusan harian yang lain ia perlulah mengikut prosedur (hitam putih) yang betul.

"Bermula dengan menghantar surat tawaran mengenai perkara yang mereka mahukan supaya pihak pengurusan dapat mengambil tindakan dari segi jadual, bayaran dan sebagainya.

"Memang saya ada mendengar cerita negatif mengenai saya daripada rakan media dan individu tertentu yang rapat dengan saya. Mereka tidak boleh menyalahkan kami semata-mata kerana ini dapat diselesaikan melalui perbincangan," katanya.

Adik kepada penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zian ini mengakui setiap artis mempunyai cara tersendiri. Malah bentuk publisiti juga yang negatif atau positif sebenarnya membantu dalam perjalanan sebagai anak seni.

Namun apabila ia membabitkan unsur negatif sudah pasti masyarakat memandang serong artis berkenaan.

Mengulas lanjut sambutan album berjudul Anuar Zain itu, dia memanjatkan kesyukuran di atas sambutan positif daripada banyak pihak.



"Jualan album setakat ini amat memberangsangkan. Selepas lebih enam bulan di pasaran album itun berjaya mencecah penjualan 25,000 unit. Ini pencapaian di luar jangkaan saya sepanjang pembabitan dalam dunia seni. Saya bangga kerana ia berjaya terjual. Malah saya berharap perkembangan sihat ini akan berterusan untuk album akan datang.

"Begitupun, album yang turut memasuki pasaran Indonesia sejak dua bulan lalu ini mencatat draf penjualan yang agak lembap. Seperti yang kita sedia maklum, untuk menembusi pasaran negara seberang memang sukar apatah lagi buat masa ini kegilaan masyarakat di sana adalah band," katanya.

Selain mendapat lagu menerusi khidmat dan nasihat komposer negara itu, Anuar turut mendapatkan kepakaran sama menerusi video klip tiga lagu popularnya iaitu Lelaki Ini, Ketulusan Hati dan Tinggalkan Aku.

Dalam perkembangan lain, Anuar yang pernah memenangi Anugerah Penyanyi Lelaki Popular dijangka mengadakan persembahan A Nite With... Anuar Zain bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur jam 8 malam pada 2 Mei depan. Persembahan yang dianjurkan Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn Bhd diadakan sebagai tanda terima kasih dan menghargai sokongan peminat.

 

 


Sumber: © Harian Metro - 2 April 2008
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan



 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman