PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK

DOMAIN SPONSORED BY


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Semalam Bersama Anuar Zain

 

ANUAR Zain - ramai yang terpaku mendengarkan kemerduan vokalnya mengalunkan lagu. Dan Wanda pasti, ramai juga yang terpukau dengan ketampanannya.

Alkisah, semasa Wanda sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk minggu ini, Anuar Zain juga sibuk membuat sidang akhbarnya. Tapi bukan untuk persembahan Minggu Setiausaha.

Anuar Zain mahu buat kelainan. Mahu menjadikan satu malam yang penuh bermakna buat peminat setianya bersama dirinya.

A Nite With... Anuar Zain, lebih merupakan hadiah istimewa Anuar khas buat para peminat setianya yang selama ini berada di belakang mendokong dan menyokong kerja-kerja seninya selama ini.

Emm... Pasti ramai yang teruja bukan? Wanda sendiri tak mahu melepaskan peluang menonton persembahan Anuar itu. Nak tengok wanita-wanita - makcik, kakak, adik - berebut-rebut nak berpeluk cium dengan lelaki idaman seantero Malaya ini.

Hah! Jangan pula ada yang terperanjat menyaksikan situasi begitu. Bukan sesuatu yang ganjil lagi dah kalau menonton persembahan Anuar. Sampaikan kadang-kadang Wanda pula yang naik rimas melihatkan mereka mengerumuni Anuar.

Relakslah! Wanda tak cemburu pun kepada mereka yang nak peluk cium Anuar ini. Tapi ini menganggu tumpuan Wanda dan mungkin juga khalayak lain yang nak menyaksikan Anuar menghibur. Bawa lagu-lagu dendangannya tanpa gangguan.

Tapi mungkin itulah magis jejaka bernama Anuar Zain ini. Magis yang buat wanita cair hatinya dan selalu berada di awang-awangan.

Tapi dalam dok orang sibuk dengan persembahan Minggu Setiausaha, tentu ramai pula para setiausaha yang sanggup menantikan show Anuar ini.

Sebab ia tak dilangsungkan pada bulan April yang menjadi bulan sambutan mereka. Sebaliknya akan berlangsung pada Mei ini iaitu pada bulan meraikan Hari Ibu yang mulia.

A Nite With... Anuar Zain yang akan berlangsung 2 Mei ini di Dewan Perdana Felda dibawakan oleh D'Mega Event & Ent Sdn. Bhd. dengan tema glamorous.

Dan jangan terperanjat jika melihat harga-harga tiket yang dijual. Semuanya berharga antara RM300, RM350, RM400 dan RM650. Tiket mahal? Kalau nak enjoy, kenalah melabur sikit kan. Dan inilah masanya kita menyokong pula artis tempatan kita. Dah banyak benar sejak akhir-akhir ini show dan konsert artis luar negara dan artis kita terpaksa berkongsi pentas bersama mereka.

Jadi inilah masanya kita nak berhibur seratus peratus dengan penampilan artis kita pula. Wanda pasti, mesti ramai yang memenuhi dewan itu kelak.

Yang buat Wanda lebih teruja, Anuar menjanjikan tidak akan mendendangkan lagu-lagu Inggeris. Sebaliknya hanya akan menyanyikan lagu-lagu Melayu khususnya daripada himpunan lagu-lagu popularnya.

Dan lebih penting, kata Anuar lagi, tiada artis undangan pada persembahan itu kelak. Ia sebuah persembahan istimewa lagi intim daripada Anuar khusus buat penggemar setianya.

Jadi kepada sesiapa yang nak mendengar lontaran vokal secara live Anuar bersama pemuzik pengiring di bawah pimpinan MacChew, cepat-cepat tempah tiket.

 

 


Sumber: © Utusan Online - 2 April 2008



 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman