PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK

DOMAIN SPONSORED BY


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Raja Azmi Terkilan Dengan Anuar Zain

 

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2008: "Memang saya terkilan apabila Anuar Zain menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Anu Dalam Botol . Hakikat ini kerana secara visualnya dia memang sangat menepati watak sebagai seorang lelaki transeksual seperti yang saya mahukan dalam filem ini.

"Tapi, apa boleh buat. Dia sudah menyatakan yang dia tidak memang tidak mahu berlakon dan tidak boleh memberikan komitmen terhadap filem ini. Sebagai produser, saya harus menghormati keputusan serta pendirian Anuar," kata Raja Azmi kepada murai .com.my .

Sebagaimana yang dilaporkan murai.com.my sebelum ini, produser filem yang sering mencetuskan kontroversi ini bakal menerbitkan filem terbarunya, Anu Dalam Botol , dalam pertengahan tahun ini.

Filem drama sosial yang ditulis sendiri Raja Azmi itu mengisahkan seorang lelaki berjiwa feminin yang akhirnya mengambil keputusan untuk membuat pembedahan menukar jantina demi kerana memenuhi 'cintanya' terhadap kaum sejenis.


Konflik mula timbul apabila dia ditinggalkan 'teman lelakinya' dan pada waktu yang sama hormon lelakinya bercambah kembali sehingga dia kembali jatuh cinta dengan seorang wanita.


Menurut Raja Azmi, dia mendapat jawapan penolakan daripada Anuar sendiri, Selasa lalu selepas 2 minggu menunggu jawapan daripada penyanyi yang semakin popular dengan lagu Lelaki Ini serta Ketulusan Hati itu.


"Walaupun terkilan, saya puas hati dengan jawapan Anuar kerana alasan yang diberikannya itu sangat logik. Selain tidak mempunyai keyakinan untuk berlakon, dia bimbang seandainya tidak berjaya membawakan watak yang diberikan itu dengan berkesan, filem itu mungkin akan merugikan saya kelak.


"Seperkara lagi, dia mempunyai terlalu banyak komitmen dalam bidang nyanyian dan tidak mempunyai masa untuk berlakon.


"Tidak apalah. Sekurang-kurangnya Anuar ada berikan jawapan pada saya. Dalam hal ini, saya rasa dia seorang yang sangat profesional kerana pernah juga saya memberikan tawaran kepada beberapa penyanyi lain untuk berlakon sebelum ini tetapi mereka semua buat senyap saja," kata isteri bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek ini.


Sementara itu, Anuar dalam kenyataan yang diberikan kepada Utusan Malaysia hari ini menegaskan bahawa dia memang tidak mahu berlakon dan tidak dapat menerima tawaran berlakon Anu Dalam Botol .


Dalam perkembangan lain, Anuar juga sedang sibuk menjayakan promosi album terbarunya, Lelaki Ini selepas beberapa lagunya telah pun berjaya diterima di sana selepas ianya diputarkan di radio.


Dengan penolakan Anuar itu, Raja Azmi kini hanya mahu menumpukan perhatian terhadap beberapa nama artis yang sudah dikenalpasti berpotensi untuk membawakan watak lelaki transeksual terbabit.


Antara mereka Farid Kamil, Que Haidar, Adeputra, Aaron Aziz dan pelakon Dunia Baru serta Jelatang , Rizal.


"Tapi, kalau ada sesiapa yang berminat untuk memegang watak ini, dipersilakan. Saya memang sangat-sangat mengalu-alukannya. Kalau boleh saya mahukan aktor yang profesional. Tapi, saya juga tidak kisah kalau ada bakat terpendam yang boleh kita dedahkan ke dunia perfileman," kata Raja Azmi.

 


Sumber: © Murai.Com.My. 17 Mac 2008
Oleh: Ellyana Ali
 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman